Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kemunculan Syed Saddiq dan Bella Astillah sebagai model pakaian sebuah jenama terkenal menarik perhatian ramai apabila dilihat kedua-duanya serasi apabila digandingkan bersama.
Bukan hanya menjadi perhatian ramai, malahan Perdana Menteri turut mengusik Ahli Parlimen Muar itu semasa di Dewan Rakyat.
“Muar (Syed Saddiq) tak pakai baju Melayu ke hari ni?” Soal Perdana Menteri.
Usikan tersebut membuatkan Syed Saddiq tersenyum dan mengundang tawa sidang Dewan Rakyat. Malahan kedengaran suara yang menyebut nama ‘Bella’.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan dia hanya bergurau.
“Saya gurau gurau je,” katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq mengakui menerima tawaran untuk menjadi model pakaian baju raya bagi sebuah jenama bagi mendapatkan sumbangan untuk Parlimen Muar. Beliau mendakwa telah berkali-kali meminta peruntukan dari kerajaan, namun tidak berjaya.
“Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” katanya.
Sumber: Malaysia Kini








