MUA Bellaz hentikan pengeluaran keychain guna muka anak setelah terima pelbagai pandangan & nasihat - The Reporter

MUA Bellaz hentikan pengeluaran keychain guna muka anak setelah terima pelbagai pandangan & nasihat

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Keletah anak perempuannya, Wara sering menjadi perhatian ramai. Bukan hanya mencuit hati, malahan kecomelan anak kepada jurusolek dan pempengaruh terkenal MUA Bellaz membuatkan ramai yang geram melihatnya.

Baru-baru ini menerusi satu hantaran di Instagram, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah zulyadaini mempromosikan keychain Wara buat peminatnya. Bagaimanapun, keluaran keychain berkenaan tidak dipersetujui netizen kerana bagi mereka risau ada yang akan mengambil kesempatan dengan keluaran produk berkenaan. Selain daripada itu, pelbagai perkara lain yang disentuh oleh netizen.

Tidak melatah, sebaliknya Bellaz mengambil semua pandangan dan komen yang dikemukakan oleh netizen.

Dalam hantaran berasingan, Bellaz memaklumkan dia sudah menghentikan keluaran keychain Wara. Menerusi hantaran tersebut juga dia berterima kasih kepada semua pengikutnya yang sudi memberikan nasihat.

Baginya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Namun begitu, pengeluaran untuk barangan lain tetap berjalan seperti biasa.

“Hampa dengan merendah hari nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Terima kasih semua atas nasihat dan ucapan yang baik-baik.

“Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi sebagai freegift untuk client makeup Mama dia. Mintak maaf sekali lagi. Mat Nuart (suami) kata buat benda yang selesakan orang, kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang support ni bukan orang luar tapi dari followers kita sendiri.

“Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi. So keychain dalam company wara tak ada dah. Mintak maaf yang mintak bellaz cancelled kan sebab ada pihak yang kurang selesa dengan Keychain wara. Nanti support baju wara ye. Khas buat peminat wara bellaz cartoon jugak,” tulisnya.

Sumber: muabellaz

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!