MPPD sita 9 unit khemah tanpa penyewa di Pantai Teluk Kemang | The Reporter

MPPD sita 9 unit khemah tanpa penyewa di Pantai Teluk Kemang

Sumber Gambar: FB MPPD

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam satu kenyataan di Facebook, memaklumkan telah menyita sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di Pantai Telok Kemang, Port Dickson.

Tindakan berkenaan merupkan hasil pemantauan yang dijalankan oleh anggota penguat kuasa MPPD.

“Pada 5 dan 6 Oktober 2024, pemantauan dan kawalan khemah biru yang dipasang tanpa kehadiran penyewa di Pantai Teluk Kemang telah dijalankan oleh anggota penguat kuasa MPPD.

“Hasil dari pemantauan tersebut, sebanyak 9 unit khemah 10’x10′ yang dipasang tanpa penyewa telah disita.

“Tindakan penguatkuasaan sebegini dijalankan secara berkala dari semasa ke semasa secara berterusan,” katanya.

Terdahulu, tular isu mengenai rungutan orang awam yang tidak berpuas hati dengan pengusaha khemah sewa di pantai Teluk Kemang yang didakwa melarang pengunjung menghampar tikar untuk berkelah selain mengganggu pemandangan.

Susulan itu, kerajaan negeri dilaporkan akan berbincang dengan pengusaha khemah untuk menangani isu yang telah dibangkitkan.

Related Posts