Baru-baru ini tular rakaman panggilan video yang membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab.
Bagaimanapun, menerusi satu sidang media yang diadakan, Abdul Wahab menegaskan kandungan audio menerusi video tersebut adalah palsu. Dan suara tersebut telah disunting. Dia juga mendakwa telah diarahkan pegawai atasan yang disebut sebagai Mr. H untuk merakam perbualan terbabit untuk menjatuhkan Mohammad Agus.
Isu tersebut telah menarik perhatian ramai dan pelbagai spekulasi mula timbul menerusi pendedahan itu.
Pelakon, Namron menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan dakwaan Abdul Wahab yang kononnya kandungan audio telah disunting.
Kenyataan yang meragukan
Menurut Namron sebagai individu yang bergiat dalam industri, dakwaan itu meragukan kerana tindakan menggantikan dialog lain yang tidak diucap dalam rakaman asal adalah satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan.
“Salah satu cara untuk menambah atau menggantikan dialog baharu adalah dengan menggunakan teknik ‘voice over’ (seperti En Wahab nyatakan sewaktu PC).
“Bagaimanapun teknik ini hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama.
“Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menghubungi seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang.
“Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar shot Gajus kepada shot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu pada shot tersebut.
“Kedua, pengarah atau sound editor (penyunting bunyi) boleh menggunakan insert shot dengan menunjukkan gambar beg LV ketika menggunakan dialog baharu tersebut,” katanya.
Rujuk pada pakar sebelum membuat kenyataan
Dalam hantaran tersebut juga, Namron menasihatkan individu tersebut merujuk kepada indvidu yang pakar dan berpengelaman dalam penyuntingan sebelum membuat kenyataan.
“Nasihat saya kepada En Wahab, sebelum membuat sesuatu kenyataan rujuk dulu dengan orang yang tahu tentang selok belok editing. Jika tidak ianya akan menjerat Encik semula,” katanya.
Sumber: Namron