'Memang ada masalah harga barang & keperluan, kerajaan sedang sedaya upaya bantu rakyat' - PMX - The Reporter

‘Memang ada masalah harga barang & keperluan, kerajaan sedang sedaya upaya bantu rakyat’ – PMX

Sumber gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau sedar rakyat pada ketika ini sedar resah dengan masalah kenaikan harga barang dan keperluan.

Beliau berkata, kerajaan di bawah pimpinannya pada waktu ini sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani dan membantu rakyat berdepan dengan permasalahan tersebut.

Sebagai langkah awal, beliau sudah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi perhatian berhubung perkara itu. Malah, timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga memberi fokus mengenai isu yang sama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).

“Saya akui, memang ada masalah harga barang dan keperluan. Kita lihat beberapa negara sudah ada keresahan sosial besar kerana sekatan eksport beras, peningkatan cukai eksport bawang.

“Itu semua memberi kesan kepada ekonomi dan barang. Tapi kita cuba tangani,” katanya.

Ditanya mengenai isu PayNet mengenakan caj QR DuitNow kepada peniaga yang menerima bayaran melalui transaksi tersebut mulai 1 November ini, Anwar memberi jaminan pelaksanaan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Jelasnya, beliau ada berbincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai perkara berkenaan dan difahamkan caj tersebut tidak dikenakan terhadap golongan bawahan.

“BNM menjalankan tugas mereka. Sekarang apa yang penting, tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Sumber: Bernama, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!