'Melanggar fitrah tubuh badan' - Bersukan pada waktu malam dikatakan sebagai pembunuh senyap - The Reporter

‘Melanggar fitrah tubuh badan’ – Bersukan pada waktu malam dikatakan sebagai pembunuh senyap

Gambar hiasan (Artificial Intellingence)

Bersenam merupakan satu cara untuk mengekalkan kesihatan baik berpanjangan. Seakan menjadi trend ketika ini, ramai yang memilih untuk bersukan dan bersenam di waktu malam.

Selain kesibukan kerja dan masa, senaman dan bersukan di waktu malam dipilih kerana suasana yang lebih tenang dan sejuk.

Namun begitu, aktiviti sukan yang dilakukan pada waktu malam dikatakan banyak mengundang risiko kepada kesihatan.

Menerusi satu hantaran, lelaki ini menyatakan sukan di waktu malam merupakan pembunuh senyap. Hal ini kerana aktiviti berkenaan dilihat sebagai melanggar fitrah tubuh badan.

“Kenapa kata pembunuh senyap? Kerana ia tidak berlaku pada kali pertama. Ia berlaku lepas beberapa siri menghenyak jantung diwaktu malam yang sepatutnya berehat.

“Bersenam malam kelihatan sihat, maka kita melenjan seolah-olah merasakan ia sihat untuk badan. Walhal, secara diam, ia memberikan tekanan pada badan melawan fitrah badan,” tulisnya.

Situasi ini juga katanya seperti apa yang digariskan dalam Islam, waktu siang adalah waktu untuk bekerja atau melakukan aktivti manakala malam merupakan waktu untuk berehat.

Menerusi perkongsian tersebut juga, disertakan keratan media yang melaporkan beberapa kematian individu yang bersukan pada waktu malam.

Sumber: Haziq

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!