McDonald’s mengakui bahawa mereka perniagaan mereka terkesan kerana pelanggan di Timur Tengah dan beberapa negara lain melancarkan kempen boikot terhadapnya susulan tindakan Israel menyerang Palestin sejak Oktober 2023.
Dalam satu hantaran di LinkedIn, Ketua Eksekutif yang juga ‘bos’ McDonald’s, Chris Kempczinski berkata, “Beberapa pasaran di Timur Tengah dan beberapa negara di luar kawasan tersebut mengalami kesan perniagaan yang signifikan disebabkan oleh perang dan maklumat palsu yang mempengaruhi jenama seperti McDonald’s.
McDonald’s di negara islam dimiliki pengendali tempatan
“Ini sangat mengecewakan dan tidak berasas. Di setiap negara di mana kami beroperasi, termasuk di negara-negara Islam, McDonald’s dengan bangga diwakili oleh pemilik pengendali tempatan,” katanya.
McDonald’s bergantung kepada ribuan perniagaan bebas untuk memiliki dan mengendalikan kebanyakan daripada lebih 40,000 kedai mereka di seluruh dunia. Kira-kira lima peratus terletak di Timur Tengah.
Semenjak Israel menyerang Palestin pada 7 Oktober 2023, ibu pejabat korporat McDonald’s telah mencuba untuk menjaga jenamanya daripada dikaitkan dengan konflik tersebut. Malangnya, jenama itu tetap dimasukkan dalam senarai boikot.
Keadaan bertambah buruk apabila McDonald’s Israel bertindak memberi ribuan makanan percuma kepada anggota tentera Israel.
BDS seru boikot?
Perbuatan McDonald’s Israel itu mengundang orang ramai menyeru jenama tersebut diboikot dan mendorong para pemilik syarikat francais McDonald’s di negara-negara majoriti Muslim seperti Kuwait, Malaysia dan Pakistan mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan pendirian masing-masing.
Hantaran yang dibuat oleh Kempczinski itu dibuat ketika jenama ketika seruan boikot terhadap McDonald’s semakin meningkat.
Boycott, Divestment and Sanctions(BDS) pro-Palestin, sebelum ini tidak pernah secara formal menyasarkan McDonald’s. Tetapi minggu ini secara rasmi menyeru orang ramai memboikot jenama tersebut.
Langkah itu dibuat selepas McDonald’s Malaysia, yang disokong oleh sebuah syarikat Saudi, memfailkan saman terhadap kumpulan BDS Malaysia sebanyak $1.3 juta (RM6 juta), dengan merujuk kepada ‘kenyataan palsu dan memfitnah’ yang dikatakan telah merosakkan perniagaannya.
BDS berkata McDonald’s harus memutuskan hubungan dengan francaisnya di Israel dan di Malaysia, kecuali ia menarik balik tuntutan tersebut.
McDonald’s bagaimanapun enggan memberi komen mengenai tuntutan tersebut, merujuk kembali kepada pos tersebut.
Sumber: BBC
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!