Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pihak berkuasa Sweden terpaksa membakar mayat Salwan Momika yang mati dibunuh semasa siaran langsung di TikTok di daerah Hovsjo.
Momika yang berasal dari Iraq, semasa hidupnya sering mengkritik Islam dan membakar Al-Quran. Tindakannya itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Difahamkan, pihak berkuasa Sweden sudah berusaha menghubungi keluarganya dan meminta mereka menuntut mayat tersebut. Namun, tiada sebarang respons diterima.
Selepas beberapa minggu mayat Momika tidak dituntut, pihak berkuasa akhirnya terpaksa meneruskan prosedur standard bagi mayat yang tidak dituntut, iaitu dengan membakar mayatnya.
Momika yang terkenal dengan tindakannya yang menimbulkan kemarahan, telah membakar Al-Quran di depan kedutaan negara-negara majoriti Muslim dan masjid-masjid di Sweden sejak Jun 2023. Perbuatannya menyebabkan rusuhan di beberapa negara Islam dan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.
Walaupun dia dikatakan telah menimbulkan kebencian, motif di sebalik pembunuhannya masih belum jelas, walaupun ramai yang percaya ia berkaitan dengan tindakannya yang kontroversial. – Agensi








