Mayat ditemui dalam ruang roda pesawat United Airlines di Hawaii | The Reporter

Mayat ditemui dalam ruang roda pesawat United Airlines di Hawaii

Mayat dalam ruang roda pesawat
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pihak berkuasa di Hawaii sedang menyiasat penemuan mayat dalam ruang roda pesawat United Airlines yang mendarat di Kahului, Maui, selepas penerbangan dari Chicago pada malam Krismas.

Menurut kenyataan United Airlines, mayat itu ditemui di ruang roda salah satu gear pendaratan utama pesawat Boeing 787-10 sejurus ketibaan di Lapangan Terbang Kahului pada petang Selasa. Pesawat berkenaan dengan nombor penerbangan UA202, tiba mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan.

United Airlines memaklumkan, ruang roda tersebut hanya boleh diakses dari luar pesawat.

“Pada masa ini, tidak jelas bagaimana atau bila individu tersebut boleh memasuki ruang tersebut,” kata syarikat penerbangan itu.

Pihak syarikat turut memaklumkan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat insiden ini. Bagaimanapun, polis Maui belum memberikan kenyataan lanjut berhubung perkara itu.

Jabatan Polis Maui kini menjalankan siasatan berhubung penemuan itu. Namun, bagaimana mayat itu boleh berada dalam ruang roda pesawat dan punca kematian individu tersebut masih menjadi tanda tanya.

Tindakan menyelinap ke dalam ruang roda pesawat adalah salah satu kaedah biasa yang digunakan oleh pendatang tanpa izin. Namun, statistik Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menunjukkan risiko yang sangat tinggi, dengan lebih 77% percubaan seumpama itu berakhir dengan kematian.

Ruang roda pesawat yang sempit sering menyebabkan pendatang dihimpit ketika gear pendaratan ditarik masuk. Selain itu, di altitud tinggi, keadaan semakin sukar apabila paras oksigen menjadi terlalu rendah. Suhu di luar pesawat pula boleh mencecah sehingga -75 hingga -80 darjah Celsius, mengakibatkan risiko radang dingin dan hipotermia yang membawa maut.

Sumber: CNN

Related Posts