Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kes kehilangan Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, seorang guru berusia 33 tahun, berakhir dengan penemuan mayatnya dalam keadaan yang sangat menyedihkan pada 31 Disember 2023.
Mayatnya ditemui dalam keadaan berbogel tanpa kepala, tangan dan kaki di dalam tong sampah di dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.
Bahagian kepala dan tangan mangsa ditemui beberapa kilometer dari lokasi penemuan mayat utama.
Pihak polis telah mengesahkan identiti mayat tersebut melalui ujian DNA.
Kes ini sedang disiasat sebagai kes pembunuhan, dan dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Suspek yang ditahan adalah sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun, yang ditahan di Chemor, Perak.
Mangsa dipercayai mengenali suspek lelaki dan terlibat dalam urusan pelaburan dengannya, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.
Kedua-dua suspek telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos 2024 dan pihak polis sedang memohon sambungan reman untuk suspek lelaki. Kes ini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.
Sumber: Kosmo! Online








