Mayat budak 2 tahun ditemui dalam peti sejuk, polis tahan pasangan kekasih - The Reporter

Mayat budak 2 tahun ditemui dalam peti sejuk, polis tahan pasangan kekasih

Sumber gambar: Thaiger

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Theerapong Duangngam atau lebih dikenali sebagai Nong Nai, ditemui dalam peti sejuk di bilik tidur ibu bapa angkatnya, kelmarin.

Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan pasangan kekasih, Hannarong (Bank Praiphnom) dan Marisa (Koi).

Ketua Balai Polis Bang Bua Thong Nonthaburi, Leftenan Phruet Jamroonsart berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan dibalut dengan selimut, diletak dalam beg kain dan disumbat dalam peti sejuk yang masih berfungsi.

Difahamkan, pasangan itu menjaga mangsa kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan rakan kepada Bank, adalah penagih dadah.

Pada 2 Januari 2024, Koi yang baru bangun daripada tidur, menyedari kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan melihat semut merayap di mata. Manakala tangan dan mulut mangsa penuh dengan nasi pulut.

Panik dengan kejadian itu, Koi menunggu kepulangan teman lelakinya dan selepas itu mereka mengambil keputusan untuk menyembunyikan mayat mangsa kerana takut.

Bagaimanapun perbuatan mereka terbongkar selepas pemilik rumah menyedari kehilangan mangsa dan bau busuk mula memenuhi rumah tersebut, lalu membuat laporan polis.

Laporan bedah siasat mendedahkan, segumpal nasi pulut ditemui tersangkut di dalam saluran pernafasan mangsa, yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

Penemuan itu mengesahkan keterangan pasangan suami isteri terbabit dan seorang lelaki buta yang dikenali sebagai Pu Odd, yang telah memberi nasi pulut kepada kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Thaiger

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!