Mat Sabu ajak orang ramai sertai himpunan solidariti Palestin - The Reporter

Mat Sabu ajak orang ramai sertai himpunan solidariti Palestin

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu mengajak orang ramai sertai himpunan solidariti Palestin Jumaat depan. Gambar: FB Mohamad Sabu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak orang ramai menyatakan solidariti terhadap penduduk Palestin dengan menyertai himpunan Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac nanti selepas Solat Jumaat.

Himpunan tersebut juga ujarnya untuk menyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang hanya membiarkan penduduk Palestin terus ditindas.

“Cukuplah jadi penonton! Pada 28/3/2025 ini, hari Jumaat, mari kita tunjukkan solidariti kita. Berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan bergerak ke Kedutaan Amerika. Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!

“Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan penduduk Palestine yang terdiri daripada pelbagai agama terus ditindas,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad Sabu turut mengecam kezaliman yang dilakukan oleh zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kita semua dah boleh hafal skrip drama kezaliman Zionis Israel. Tiap kali ada pembunuhan beramai-ramai di Palestin, kita buat siaran ulang tayang kutuk, kecam, bantah, dan habis di situ. Esok lusa, kita buat benda sama lagi.

“Masalahnya, bukan Zionis Israel yang perlu kita ingatkan tentang kezaliman mereka. Kejahatan mereka sudah termaktub dalam Al-Quran sejak dulu. Yang pelik, negara-negara Arab yang kononnya saudara se-Islam terus duduk diam membatu.

“Mereka lebih sibuk menjaga hati Amerika dan kuncu-kuncunya daripada menjaga nyawa rakyat Palestin. Ada duit minyak berbillion-billion, tapi nak keluarkan sepatah dua kata pun susah,” ujarnya.

Ketegasan Afrika Selatan

Beliau juga memberi contoh ketegasan negara Afrika Selatan yang bersikap berani dalam menentang zionis.

“Tengok Afrika Selatan—negara bukan Islam, tapi lebih berani daripada semua negara Arab yang kaya-raya itu. Mereka halau duta Israel, mereka bawa kes ke mahkamah antarabangsa, mereka tak takut pun pada tekanan sekutu Israel. Ini baru negara yang ada prinsip,” katanya.

Sampai bila jadi ‘Pak Turut?’

Dalam hantaran itu juga, beliau lantang mengkritik sikap negara Arab yang hanya disifatkan menjadi ‘pak turut’ kepada Amerika.

“Tapi kita? Kita terus berharap pada Hamas, Hizbullah, dan Jihad Islami untuk lawan Israel. Kita harap pada Iran dan Yaman-negara yang disekat ekonominya-untuk buat kerja berat. Negara-negara Arab yang kononnya kuat? Mereka jadi pemerhati sambil hisap shisha.

“Sampai bila negara Arab nak jadi pak turut kepada Amerika? Sampai bila mereka nak takut pada bayang-bayang sendiri? Jom tunjukkan kita ada maruah!” tegasnya.

Total
0
Shares
Total
0
Share