'Masyarakat India tidak setia sepenuhnya kepada negara' - Tun Dr Mahathir - The Reporter

‘Masyarakat India tidak setia sepenuhnya kepada negara’ – Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa rakyat Malaysia keturunan India tidak sepenuhnya setia kepada negara, dalam temubual eksklusif dengan Thanthi TV.

Beliau berkata, rakyat Malaysia keturunan India tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa utama, sebaliknya bercakap bahasa Tamil.

‘Masalah’ timbul apabila ‘pendatang’ India dan Cina memanggil negara ini sebagai milik mereka, tetapi masih mengamalkan budaya dan adat resam mereka sendiri.

@vanakkammalaysia

Indians and Chinese are not fully loyal to Malaysia; cannot claim ownership of Malaysia – Mahathir latest vanakkammalaysia Indians Chinese Notfully loyal Malaysia cannotclaim ownership Malaysia Mahathir trendingnewsmalaysia malaysiatamilnews fyp vmnews foryoupage

♬ original sound – Vanakkam Malaysia – Vanakkam Malaysia

Apabila hos bertanya sama ada Mahathir mengharapkan bukan Melayu ‘berasimilasi sepenuhnya’ menjadi orang Melayu, beliau menjawab, “Ya, mereka seharusnya. Pada masa dulu kita mempunyai orang keturunan India, Pakistan, Arab dan Afrika, yang kini adalah Melayu. Mereka bercakap bahasa Melayu di rumah, budaya mereka adalah Melayu.”.

100% Melayu’

Temubual itu kemudian menyentuh tentang keturunan Mahathir yang didakwa mempunyai susur galur dari bangsa India. Namun Mahathir menafikan dakwaan itu.

“Tidak, saya bukan India. Saya Melayu sebab saya tak tahu bahasa India. Dan itu perkara yang sudah lama. Saya sekarang 100 peratus Melayu, saya bercakap Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.”

Ditanya sama ada bekas perdana menteri itu menjangkakan semua rakyat Malaysia berbuat demikian, Mahathir berkata, “Ya, kalau mereka mahu mengatakan negara ini milik mereka, mereka mesti mengenal pasti diri mereka sepenuhnya dengan negara ini”.

Telah diberi pampasan yang adil

Mengulas pertanyaan mengenai sumbangan orang bukan Melayu dalam pembinaan dan ekonomi negara, beliau berkata, “Mereka telah ‘diberi pampasan yang adil’ untuknya”.

Bekas ahli parlimen Langkawi itu turut mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah.

Kenyataannya itu mengundang pertanyaan dari hos, mengapa Mahathir selalu mempunyai masalah dengan setiap penggantinya. Beliau berkata, ia kerana mereka melakukan perkara yang salah, termasuk mencuri wang.

Sumber: MalaysiaKini, Vanakkammalaysia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!