'Masalah air di Kelantan bukan isu besar, sengaja dipolitikkan' - Mohd Amar - The Reporter

‘Masalah air di Kelantan bukan isu besar, sengaja dipolitikkan’ – Mohd Amar

Sumber gambar: Google Images

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa isu air yang dihadapi oleh rakyat Kelantan bukannya satu masalah besar.

Ini berikutan masyarakat di kampung terutamanya, mempunyai pilihan apabila mereka boleh membina air telaga tiub atau perigi.

Menurutnya, penduduk kampung faham dengan masalah air itu apabila mereka mencari jalan penyelesaian sendiri.

“Kita juga menjelaskan dengan cara yang baik apa masalahnya. Macam isu air, kita cerita, jadi setakat ini berdasarkan pengalaman kita sendiri berjumpa orang ramai, mereka boleh faham,” katanya.

Orang kampung faham & cari jalan penyelesaian sendiri

Beliau juga berkata, masalah ini menjadi tular apabila dikaitkan dengan isu politik sehingga menjadi satu isu yang besar.

“Tetapi yang jadi kecoh sebab ini politik dan yang sensasi politik. Benda kecil pun jadi besar. Itu masalahnya.

“Orang kampung sendiri dia faham dan kadang-kadang air tu dia selesai sendiri. Contoh kalau tidak ada air kerajaan, dia bina telaga tiub, gali perigi. Mereka cari penyelesaian sendiri. Sebab itu bagi di kampung, ini bukan perkara besar, bukan isu yang besar masalah ni,” katanya.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas mengakui ada tempat memang ada masalah air dan ada sesetengah tempat dihantar bekalan air dengan lori tangki.

Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri itu katanya tidak disebarkan secara meluas menyebabkan orang ramai menganggap isu air itu adalah isu besar.

“Apa yang positif yang dibuat kerajaan dia tidak ambil, dia cari yang negatif. Itu jadi masalah dan sekarang kita berdepan dengan serangan politik bukan isu sebenar,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!