'Masak la orang kat pasar kena bayar sewa, warga asing pulak meniaga free je' - Lelaki bengang PBT tak buat kerja - The Reporter

‘Masak la orang kat pasar kena bayar sewa, warga asing pulak meniaga free je’ – Lelaki bengang PBT tak buat kerja

Seorang lelaki mendedahkan kegiatan peniaga haram yang dipercayai terdiri daripada warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

Peniaga-peniaga tersebut menjalankan perniagaan mereka di merata-rata tempat dan di bahu jalan pada awal pagi.

Kelihatan, barangan jualan mereka seperti sayur-sayuran dan barangan lain hanya diletakkan di atas jalan tanpa meja dan kanopi.

Bukan satu atau dua penjaja haram, malahan didapati ramai penjaja haram ini mengambil kesempatan menjalankan perniagaan.

Perakam bertindak menegur dengan tegas penjaja haram ini dan ada yang bergegas mengemas tempat jualan.

Lelaki ini juga mempersoalkan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang seolah terlepas pandang isu sebegini.

Katanya, penjaja haram ini bukan hanya menyusahkan ramai pihak malahan merugikan peniaga-peniaga berlesen di pasar. Dakwanya juga, penjaja haram ini juga disokong dan dibeli oleh penduduk tempatan.

Sumber: Ben Mie 03

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!