'Masa bayar di kaunter tak cakap apa pun, apa motif tularkan?' - Pemilik restoran ayam goreng kunyit RM20 - The Reporter

‘Masa bayar di kaunter tak cakap apa pun, apa motif tularkan?’ – Pemilik restoran ayam goreng kunyit RM20

Pemilik restoran yang didakwa mengenakan caj RM20 untuk sepinggan ayam goreng kunyit, tampil mempersoalkan tindakan individu yang menular dakwaan pihaknya mengenakan harga cekik darah kepada pelancong.

Memetik laporan Harian Metro, Zulfan Bustami, 43, menjelaskan dia hanya mengetahui perkara itu tular di media sosial selepas dimaklumkan oleh pekerjanya.

Menurut Zulfan, pada waktu kejadian, pekerjanya telah menunjukkan buku menu yang tertera jelas harga ayam goreng kunyit adalah RM20. Malah tidak membuat sebarang aduan semasa membuat pembayaran.

“Dia sendiri tengok harga dalam buku menu semasa buat pesanan. Masa bayar di kaunter, tak ada cakap apa pun. Lepas tu tularkan di media sosial, apa motif?” katanya.

Bagaimanapun, Zulfan percaya isu itu bukan ditularkan oleh pelanggan berkenaan. Sebaliknya ditularkan oleh orang kedua (ahli keluarga atau rakan).

Menjelaskan tentang isu harga, Zulfan berkata, pelanggan terbabit yang merupakan orang tempatan sepatutnya tahu harga makanan di kawasan Pantai Chenang adalah sedikit tinggi berbanding kawasan lain disebabkan kadar sewa kedai yang tinggi.

Selain itu, saiz hidangan ayam goreng kunyit yang menggunakan 160 gram isi ayam, sayur, lobak, salad, kacang panjang dan bawang holland yang dijual dengan harga RM20 juga adalah sesuai untuk dimakan dua orang.

Cubaan Zulfan untuk menghubungi wanita itu di Facebook juga tidak berjaya kerana tiada respon.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!