Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selebriti, Mark Adam tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan netizen yang menyatakan harga set sate Bhalut yang dijual dianggap mahal dan tidak berbaloi.
Mark juga meluahkan rasa kecewa apabila membaca komen negatif netizen yang turut mengecam harga set berkenaan yang seperti ‘harga is***l’.
Dalam kenyataan di media sosial itu, Mark menegaskan harga bagi daging yang dijual adalah menggunakan daging premium selain menyatakan jumlah modal yang dikeluarkan untuk jualan ini.
“Daging sate saya adalah daging- daging yang premium di mana kita ambil daging daging ini daripada kilang terkemuka yang menghantar daging sate ke restoran, hotel dan pada seorang chef selebriti terkenal.
“Jom kira modal. Sate yang saya jual ini, 3 cucuk, RM21.90 termasuk dengan air. Satu cucuk adalah 30 gram sebelum dibalut dengan popiah. Bukan macam sate biasa seperti dijual di luar sana. Modal untuk setiap cucuk sate saya adalah RM2.50, jadi RM7.50 untuk 3 cucuk.
“Air kita menggunakan cawan yang besar dan kuat. Dua air dicampur termasuk dengan limau, harga modal kita letak RM3, tiada masalah. Jadi setakat ini, modal adalah RM10.50,” katanya.
Kejadian berkenaan kata Mark membuatkan beliau lebih memahami kesukaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di luar sana.
Bagaimanapun ujar Mark, sate yang dijual mendapat perhatian pembeli dan menegaskan tiada paksaan kepada individu untuk membeli selain menyatakan ada ‘tester’ yang disediakan.








