MARA nafi dakwaan ada kuota khas pinjaman pelajaran anak kakitangan | The Reporter

MARA nafi dakwaan ada kuota khas pinjaman pelajaran anak kakitangan

MARA menafikan dakwaan kuota khas pinjaman pelajaran untuk anak kakitangan, menegaskan kelayakan adalah berdasarkan syarat akademik yang ditetapkan.
MARA menegaskan pinjaman hanya berdasarkan syarat akademik melalui sistem rasmi MARA sahaja. Gambar: The Malaysian Reserve

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan kelayakan permohonan pinjaman adalah berdasarkan syarat akademik yang ditetapkan, dipohon melalui sistem permohonan pinjaman pelajaran MARA sahaja.

Dalam satu kenyataan, MARA menafikan dakwaan mengenai kuota khas pinjaman pelajaran bagi anak kakitangan MARA.

“Pihak MARA ingin menegaskan bahawa kelayakan pinjaman adalah berdasarkan syarat akademik yang ditetapkan. Selain itu, permohonan pinjaman adalah melalui sistem permohonan pinjaman pelajaran MARA sahaja,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau terpedaya dengan mana-mana pihak lain yang mengeluarkan maklumat tidak tepat mengenai MARA.

Terdahulu, tular video mengenai kenyataan dari seorang pempegaruh yang mendakwa telah memperoleh pinjaman atau tajaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui kuota khas.

Ketika menjawab pertanyaan netizen, pempengaruh berkenaan yang merupakan bekas isteri kepada seorang pelakon mendakwa mendapat ‘keistimewaan’ tersebut kerana ibu bapanya merupakan staf agensi berkenaan.

Pempengaruh itu turut memaklumkan bahawa anak-anak staf MARA diberi keistimewaan memohon pinjaman secara manual, berbanding pemohon lain yang perlu mengisi permohonan secara dalam talian.

Related Posts