'Mama, adik sakit. Tolong adik, panas' - Adik Mohd Dawisy kritikal, badan melecur 50% & ditidurkan - The Reporter

‘Mama, adik sakit. Tolong adik, panas’ – Adik Mohd Dawisy kritikal, badan melecur 50% & ditidurkan

Sumber gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kanak-kanak yang melecur akibat terkena renjatan perkakasan elektrik ketika mengambil bola dalam bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bayan Lepas, telah ditidurkan ekoran keadaannya dilaporkan kritikal.

Bapa kepada Mohd Dawisy Zarif, 12, Mohd Khairi Abdul Ghani, 38, berkata badan anaknya melecur 50 peratus dan kini menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ketika kejadian itu berlaku, Mohd Khairi sedang bertugas di Lumut, Perak. Manakala ibu mangsa, Suhana Samsudin, 37, berada di tempat kerja tidak jauh dari kediaman mereka.

Difahamkan, ketiga-tiga anak pasangan itu sudah biasa ditinggalkan di rumah ketika mereka keluar bekerja. Pada sebelah petang, tiga beradik itu akan bermain bola bersama rakan.

Namun pada hari kejadian, kembar kepada mangsa tidak keluar bermain kerana tidur. Pasangan itu hanya menyedari keadian tersebut setelah dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp, jam 5 petang.

“Sebaik tiba (di lokasi), saya lihat dia dibawa keluar dari bilik janakuasa itu oleh jiran. Dia masih boleh berjalan sertaberlari sambil memanggil ‘mama’, dan mengadu kepanasan.

“Mama, adik sakit. Tolong adik, adik panas” kata mangsa berulang kali yang masih terngiang-ngiang d telinga ibunya dan berharap anaknya kembali pulih dengan segera.

Pasangan berkenaan kini sedang bergilir-gilir menjaga anak mereka di Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, TNB telah menyantuni ibu bapa mangsa di hospital dan bersimpati dengan kejadian menimpa mangsa. Dalam pertemuan itu, TNB turut menyampai bantuan pendahuluan dan akan menyalurkan segala bantuan termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan mangsa.

Siasatan juga akan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Tenaga.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!