'Malaysia terkenal dengan sumber bahan mentah & laut tapi harga mahal' - Ramai pertikai harga pasaran ikan mahal berbanding ayam | The Reporter

‘Malaysia terkenal dengan sumber bahan mentah & laut tapi harga mahal’ – Ramai pertikai harga pasaran ikan mahal berbanding ayam

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Malaysia terkenal dengan khazanah alam semulajadi yang tidak terhitung nilainya dan telah memberikan manfaat kepada kelangsungan hidup manusia.

Sejak dari dulu lagi, Malaysia menjadi tumpuan negara luar kerana kekayaan biodiversiti selain dari tumpuan pelancongan.

Walaupun kepelbagaian biodiversiti di Malaysia mudah didapati, namun timbul persoalan netizen mengapa harga barangan di Malaysia sangat mahal dan itu juga menjadi persoalan masyarakat negara luar yang hairan dengan kenaikan harga barang mentah di Malaysia terutamanya dari hasil laut.

“Aku ingat dulu ikan sebenarnya makanan yang mesra marhaen. Kita ada akses ikan dengan harga murah.

“Bahkan kawan Thai aku dulu pernah garu kepala bertanya, “Malaysia dikelilingi lautan kiri-kanannya, tetapi kenapa ikan lagi mahal daripada ayam?” tulis Joe.

Persoalan lain turut menjadi tanda tanya apabila taraf kehidupan rakyat yang dilihat masih di takuk lama berbanding negara luar.

“Bukan setakat ikan. Kawan-kawan Singapura selalu tanya mengapa Malaysia dengan tanah luas, sumber mentah banyak, penduduk ramai, kaya-raya sebenarnya tapi rakyat bawahan dapat serdak saja?” kata netizen lain.

Beberapa faktor dikatakan menyumbang kepada situasi tersebut. Antaranya banyak sumber bahan mentah terutamanya hasil laut telah dieksport ke negara luar.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu rasa bersyukur dan bangga dengan khazanah yang ada seterusnya sentiasa memelihara apa yang berada di sekeliling kita.

Sumber: X

Total
0
Shares
Total
0
Share