Tular video di media sosial hari ini menunjukkan dua pelancong China yang mengadu tidak berpuas hati dengan makanan di Malaysia.
Pasangan yang dipercayai suami isteri itu mendakwa, makanan di Malaysia kurang memuaskan dan si isteri pula mendakwa berat badannya menurun sepanjang berada di negara ini.
Bahkan suaminya menyarankan pelancong lain yang ingin datang ke Malaysia tidak lupa membawa mi segera kegemaran mereka sendiri. Ini kerana mi segera yang dijual di kedai Malaysia juga tidak menepati selera tekaknya.
“Datang ke Malaysia kena bawa mi segera. Kat sini bukan kedai makan je tak sedap, mi segera kat sini pun tak sedap. Korang perlu bawa mi segera yang kena dengan selera korang dari rumah.
“Mi ni rasa biasa-biasa (masakan dari kedai tempatan),” kata lelaki terbabit.
“Saya rasa korang kena ingat untuk bawa mi segera dan makanan lain. Makanan kat sini tak kena dengan selera. Saya kat sini baru beberapa hari dah kurus,” kata isterinya.
“Kalau nak kurus, datanglah ke Malaysia,” kata si suami.
Kenyataan pasangan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyelar pasangan itu biadab dan tidak menghormati budaya dan makanan Malaysia.
Sumber: X Mandarinjer