'Makan tak pernah kurang, nak pinjam duit kita bagi, tapi…' - Kieda Crepe kecewa dikhianati 12 pekerjanya, dapat petanda daripada mata kerap berkedip - The Reporter

‘Makan tak pernah kurang, nak pinjam duit kita bagi, tapi…’ – Kieda Crepe kecewa dikhianati 12 pekerjanya, dapat petanda daripada mata kerap berkedip

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa kesal dengan tindakan 12 kakitangannya terbabit dalam kumpulan sembang aplikasi WhatsApp yang mengutuk dirinya.

Sedangkan ketika bekerja di dalam atau luar kawasan, dia melayani semua pekerjanya dengan baik dan adakalanya diberikan ganjaran atas hasil usaha mereka. Tanpa menyedari sebahagian daripada mereka hanyalah berpura-pura.

Baca artikel berkaitan: ‘Apa salah saya? Kenapa khianati saya?’, Kantoi buat group WhatsApp hina bos, Kieda Crepe pecat 5 staff, 7 lagi diberi ‘warning letter’

Rasa gelisah, 2 hari sebelum kejadian

Menurut Kieda, sebelum perkara itu terbongkar, dia berasa gelisah dan terus meminta petunjuk daripada Allah ketika solat.

“Allah nak bagi petunjuk, kelmarin saya memang gelisah sangat-sangat. Selepas selesai sembahyang maghrib, ‘Ya Allah ya Tuhan ku, saya gelisah sangat-sangat. Apa benda yang nak terjadi ini? Ya Allah, tunjukkanlah kepada saya’.

“Mata saya pun dan berkedip (petanda benda buruk akan terjadi) sejak dua hari lalu,” katanya.

Selepas itu, dia cuba meminjam kamera telefon bimbit milik pekerjanya untuk dijadikan sebagai cermin (betulkan tudung). Dan ketika itulah terpapar notifikasi pada skrin menunjukkan mesej daripada group WhatsApp tersebut.

Ternampak notifisikasi perbualan group

Kieda meminta kakitangannya itu membuka group WhatsApp berkenaan dan membaca segala mesej bermula dari 14 November lalu, sejak group itu diwujudkan. Semua perbualan di dalam group itu bercakap tentang perkara yang tidak baik mengenai dirinya.

Tambah Kieda, selama ini dia begitu menjaga kebajikan semua pekerjanya yang berjumlah 37 orang. Namun, 12 pekerja yang didapati mengkhianatinya itu membuatkan dia terkilan.

“Makan tak pernah kurang, nak pinjam duit bagi pinjam duit, nak apa semua kita bagi. Kita permudahkan urusan orang, tapi urusan kita, hari ini kita dah dapat jawapan.

“Daripada 12 orang itu, yang dibuang hanya lima orang sahaja. Yang baki, kita dah jumpa dan mereka beritahu terikut kawan-kawan dan silap pilih ‘circle’. Kita bagi mereka surat amaran sebagai pengajaran.

Sayang 5 staff berkenaan tetapi..

“Untuk lima orang berkenaan, saya sebenarnya sayang mereka. Tetapi selepas mendapati ini ‘jawapan’ yang saya dapat selepas baik dengan semua orang, semoga mereka menemui tempat kerja, dengan bos dan circle yang memenuhi kehendak mereka. Semoga tiada dendam di hati mereka seperti mana saya tidak berdendam dengan mereka,” katanya.

Mengenai kejadian itu, Kieda enggan menyalah sesiapa. Malah dia mengambil peluang ini untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kekurangan yang ada.

Namun perasaan sedih dan air matanya tidak mampu lagi dibendung apabila dia memaklumkan dua kejadian yang menimpanya baru-baru ini, termasuklah kehilangan bapa kesayangannya.

“Saya rasa kecewa saya hilang abah, kecewa dengan manusia yang saya dah anggap sebagai keluarga. Tapi kita tak menyalah mereka. Insha-Allah.

“Ini ujian untuk Kieda. Terima kasih kepada manusia yang pernah datang ke dalam hidup saya. Saya halalkan segala benda yang saya berikan. Dan halalkan segala kudrat anda yang diberikan kepada team Kieda Crepe. Tapi saya bayar gaji,” ujarnya.

Sumber: Instagram

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!