'Mak akan beritahu seluruh dunia yang kau sangat bodoh!' - The Reporter

‘Mak akan beritahu seluruh dunia yang kau sangat bodoh!’

Sabtu lalu, tular video di TikTok menunjukkan seorang wanita memarahi anak perempuannya dengan kata-kata kasar semasa mengajar subjek matematik di tempat awam. Tindakan wanita itu mengundang rasa kurang senang netizen yang menganggap tindakannya itu sebagai penganiayaan mental dan lisan.

Menurut saksi, Lu berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan rehat di Buangkok Community Club pada petang Jumaat lalu.

Dalam video berdurasi dua minit itu si ibu berkata, “Baik kau guna otak kau. Kalau otak kau tak bangun, beritahu mak. Mak akan tolong otak kau bangun,” tegasnya.

Namun, ketika anak perempuannya menjawab soalan dengan jawapan yang salah, ibunya yang sebelum itu sudah tenang kembali ‘membara’.

“Mak akan beritahu kepada seluruh dunia yang kau sangat bodoh!” kata wanita berkenaan dan dibalas oleh anaknya, “Okay”.

Lu yang merupakan pensyarah berusia 44 tahun mendakwa, dia ketika itu sedang menunggu anaknya pulang dari tuisyen. Dan ketika itulah dia mendengar wanita tersebut memarahi anak perempuannya yang dipercayai berusia 10 tahun.

Bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu, Lu membuat rakaman video dan menunjukkannya kepada kakitangan di pusat komuniti dengan harapan insan yang sudi tampil membantu.

Malangnya, kakitangan pusat itu menjelaskan pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa dan menyarankan Lu menunggu di tempat lain jika percakapan dua beranak itu menganggu keselesaannya.

Di media sosial, netizen mengecam wanita terrsebut di mana tindakannya itu hanya akan memberi tekanan kepada anak perempuannya.

“Tak guna kalau pandai dalam matematik tapi moral dan keyakinan anak dihancurkan oleh ibu sendiri yang juga memalukannya secara terbuka,” katan netizen.

Namun, ada juga netizen yang mempertahankan wanita tersebut.

“Tak baik malukan si ibu dengan viralkan video dia di media sosial. Saya yakin dia cuba berusaha sebaik mungkin untuk mendidik anaknya. Kita tidak sepatutnya menghakimi dia, melainkan kita tahu situasinya,” tambah netizen lain.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!