Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Beberapa ekor tikus dirakam berkeliaran di tong sampah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Kehadiran tikus-tikus berkenaan yang berhampiran dengan sebuah premis makanan segera membuatkan orang ramai berasa geli.
Bukan bersaiz kecil, tetapi saiznya yang agak besar seolah sudah lama ‘bermaharajalela’ di kawasan berkenaan.
Jumlahnya yang agak ramai jugak membuatkan netizen pelik dari mana kemunculan mereka.
Keadaan itu bukan hanya dilihat mencemarkan kawasan persekitaran, malahan akan memberikan imej buruk kepada pelancong.
Oleh yang demikian, orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangani masalah tersebut.
Bagaimanapun, ada yang menyatakan itu merupakan situasi yang biasa berlaku di bandar-bandar besar.
Sumber: IR Radzi








