Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Individu yang pernah dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram Datuk Addy Kana atau nama sebenarnya Zaidi Kanapiah kini menjadi perbualan hangat media sosial.
Ini berikutan beberapa keping gambar yang tular memaparkan majlis meriah sambutan aqiqah anak beliau yang telah berlangsung beberapa minggu lalu.
Kelihatan Addy dan isterinya Datin Alyaa Syuhaila mengenakan busana berwarna putih dan tetamu yang hadir juga mengenakan warna yang sama.


Majlis mewah yang diraikan seperti majlis perkahwinan itu dilihat membawa masuk Alyaa diiringi beberapa pengapit. Kelihatan pula Addy Kana membawa anak mereka dengan menggunakan stroller mewah.


Apa yang menarik perhatian netizen adalah harga stroller mewah itu. Setelah diselidiki, ternyata harga stroller itu bukan sebarangan harga. Difahamkan, harga bagi jenama stroller tersebut mencecah hampir RM14,000.
Kos yang dilaburkan untuk majlis aqiqah anaknya itu ternyata mengejutkan netizen. Rata-rata mengecam tindakan pasangan ini yang mengadakan majlis seumpama begini. Ada juga individu memetik nama pihak berkuasa untuk perhatian.

Terdahulu, bapa kepada lima orang cahaya mata itu dibebaskan berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Penahanan mereka dikatakan tidak mengikut undang-undang dan habeas corpus yang merupakan hak mereka perlu diberikan.
Sebelum ini juga, Addy Kana dikaitkan dengan individu yang melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM. Namun begitu, pihak PDRM mengesahkan bahawa Addy Kana bukan individu terbabit, tetapi Gap Leong Yeong.
Sumber: Nurul Syahira (Masak Apa Tak Jadi Hari Ni), Utusan