• Seorang wanita dakwa anaknya terima lampin ‘tape’ bukan ‘pants’ daripada MAIWP
• MAIWP nafi wujud kartel dan tegaskan semua pembekalan ikut prosedur tender terbuka
• RM60.1 juta diperuntuk pada tahun 2025 untuk bantuan perubatan kepada asnaf
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita tular di TikTok selepas berkongsi rasa kecewa dengan jenis lampin pakai buang yang diterima melalui bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam video berkenaan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Puan Putri mendakwa, dia memohon lampin jenis seluar, namun telah diberikan jenis pelekat yang menurutnya kurang sesuai.
Video yang dimuat naik pada 6 Jun itu mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong teguran wanita terbabit, namun ramai juga menyifatkan permintaannya terlalu cerewet dan seolah-olah tidak menghargai bantuan yang diberi.
- Pelajar UM maut kemalangan: Bapa rayu saksi kongsi video kejadian
- Mangsa kebakaran Putra Heights syukur terima rumah, tapi dakwa janji tak ditepati?
- Kru kabin AirAsia kini dibenarkan berhijab
- ‘Allahyarham Bung Mokhtar selalu berzikir di Dewan Rakyat’- Mohd Shahar
- Kanak-kanak meninggal dunia dihanyut arus deras, abang belum dijumpai
MAIWP beri penjelasan, sedia semak semula
Menjawab isu tersebut, MAIWP dalam kenyataan pada 8 Jun 2025 menjelaskan semua permohonan bantuan akan diberikan mengikut keperluan dan penilaian semula akan dibuat sekiranya terdapat keperluan khas untuk menukar jenis barangan yang dibekalkan.
MAIWP turut menjelaskan mereka sangat menitikberatkan keperluan asnaf dan sentiasa memastikan setiap bantuan disalurkan secara telus serta berlandaskan dokumen sokongan daripada pakar perubatan yang sah.
Nafi dakwaan ‘kartel’
Dalam masa sama, MAIWP menafikan wujudnya ‘kartel’ dalam proses pembekalan bantuan. Semua pembekalan dilakukan menerusi sistem tender terbuka dan setiap pembekal dilantik mengikut zon yang telah ditetapkan agar ketelusan dapat dipastikan.
Mereka turut menyatakan segala bentuk bantuan seperti barangan dan peralatan perubatan perlu melalui prosedur yang sah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.


Lebih RM60 juta diperuntukkan untuk bantuan perubatan
Bagi tahun 2024, MAIWP telah menyalurkan sebanyak RM47.69 juta kepada 6,398 asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di bawah Skim Bantuan Perubatan. Manakala untuk tahun 2025, jumlah peruntukan meningkat kepada RM60.1 juta.
Bantuan yang diberikan merangkumi bantuan secara bulanan serta bantuan ‘one-off’ bergantung kepada dokumen dan cadangan daripada pakar bertauliah.
Pelbagai bantuan lain turut disediakan
MAIWP juga memaklumkan bahawa sejak tahun 2018, mereka telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada keluarga Puan Putri seperti bantuan bulanan, bantuan menyelesaikan hutang, bantuan untuk kanak-kanak OKU, bantuan perubatan am, bantuan sewa rumah bulanan, sokongan keusahawanan dan banyak lagi.
MAIWP turut menegaskan mereka terbuka menerima sebarang cadangan, aduan dan pandangan orang ramai untuk menambah baik sistem pemantauan serta pelaksanaan bantuan agar lebih berkesan dan telus.








