Tegas tak bersalah, tolak ‘imuniti kerana umur’
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak pernah meminta sebarang ‘imuniti’ berhubung keputusan kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dalam isu Pulau Batu Puteh, sebaliknya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya mendakwanya di mahkamah.
Menurut Mahathir, beliau sudah dihukum secara terbuka di Dewan Rakyat sebagai bersalah kerana tidak memfailkan rayuan terhadap kehilangan Batu Puteh, namun tiada tindakan diambil kononnya atas faktor usia.
“Dia kata umur saya 100 tahun kerana itu saya tidak didakwa walau bersalah. Ini maknanya saya dapat imuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca juga:
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
‘Anwar bukan pendakwa, bukan hakim’
Mahathir turut membidas kenyataan Anwar yang menurutnya secara sepihak telah menjatuhkan ‘hukuman bersalah’ terhadap dirinya di Parlimen dan dalam masa sama mengumumkan tiada tindakan akan diambil kerana faktor usia.
“Ini bermakna Datuk Seri Anwar bukan sahaja PM, dia juga hakim dan juga pendakwa raya. Begitulah hebat kuasanya. Tetapi Perlembagaan tidak sebut Perdana Menteri boleh jadi pendakwa raya atau hakim,” tegas Mahathir.
Beliau menegaskan kesediaannya untuk dibicarakan di mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, malah menempelak tindakan kerajaan yang dianggapnya hanya berani membuat tuduhan tanpa bukti di mahkamah.
“Imuniti untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah,” katanya.










