Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang mahasiswi berusia 24 tahun dari Demak, Indonesia, dikenali sebagai DMW, telah ditahan pihak polis selepas didapati terlibat dalam aktiviti penjualan video lucah dirinya bersama tiga lelaki lain melalui platform media sosial WhatsApp. Kes ini dibongkar oleh Polis Daerah Kudus dalam satu sidang media yang diadakan pada 6 Disember 2024.
Ketua Polis Kudus, AKBP (setara Superintenden) Ronni Bonic, menjelaskan siasatan bermula selepas menerima aduan daripada masyarakat mengenai aktiviti mencurigakan di sebuah rumah sewa di Ngembalrejo, Kecamatan (Mukim) Bae.
“Suspek didapati menjual video lucah yang melibatkan dirinya bersama tiga lelaki lain,” katanya.
Raih hasil lumayan
Dalam sidang media tersebut, pihak polis memaklumkan suspek telah menjual video lucah sebanyak dua kali melalui status WhatsApp kepada kenalannya. Pada 29 Oktober 2024, DMW menjual video berkenaan kepada 21 individu, memperoleh keuntungan sebanyak Rp 2.3 juta (RM675).
Keesokan harinya, suspek sekali lagi menjual video serupa kepada 31 individu dan mengutip sebanyak Rp 2.1 juta (RM615).

Menurut AKBP Ronni, modus operandi suspek adalah memuat naik sedutan pendek video berdurasi beberapa saat di status WhatsApp untuk menarik perhatian.
“Pembeli yang berminat diminta membayar antara Rp 50 ribu hingga Rp 500 ribu (RM15 hingga RM150), bergantung pada durasi video tersebut,” katanya.
Hasil jualan digunakan untuk perbelanjaan peribadi
Hasil siasatan turut mendedahkan wang hasil jualan video digunakan suspek untuk perbelanjaan harian, termasuk rawatan diri dan perjudian online. Secara keseluruhan, suspek meraih keuntungan sebanyak Rp 4.45 juta (RM1,300) daripada aktiviti tersebut.
Tiga lelaki terlibat dalam rakaman video
Suspek turut mengaku kepada polis bahawa video berkenaan dirakam bersama tiga lelaki lain, yang dikenali sebagai FY (25), MAN (24), dan EN (27). Ketiga-tiga individu ini juga didakwa terlibat dalam beberapa rakaman video berunsur lucah bersama suspek.
“Suspek mengaku meminta video tersebut dengan alasan untuk koleksi peribadi, namun akhirnya menjualnya melalui media sosial,” katanya
Suspek kini ditahan di Ibu Polis Daerah Kudus dan berdepan tindakan undang-undang di bawah Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik dengan ancaman hukuman penjara sehingga enam tahun. – Agensi








