Beban pengguna diringankan, kerajaan tanggung RM500 juta pampasan
Kerajaan MADANI menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya utama yang sepatutnya dinaikkan tahun ini mengikut perjanjian konsesi.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Penghargaan Untuk Rakyat’.
Langkah tersebut dijangka memberi manfaat kepada sekitar 941,000 pengguna harian, khususnya mereka yang berulang-alik ke tempat kerja. Kerajaan akan menanggung pampasan lebih RM500 juta kepada syarikat konsesi bagi memastikan operasi dan penyelenggaraan lebuh raya berjalan lancar dan selamat.
Baca juga:
- Polis kesan dua kenderaan didakwa uji kelajuan di Putrajaya
- Malaysia tawar bantuan kepada Indonesia tangani kebakaran hutan dan tanah
- ‘Adakah membiarkan anjing hidup bermaksud kami memilikinya?’ – Keluarga Haira
Senarai Lebuh Raya terlibat:
- Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA)
- Lebuhraya KL–Kuala Selangor (LATAR)
- Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
- Lebuhraya Senai–Desaru (SDE)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
- Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE)
- Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
Reaksi dan komitmen KKR

Menteri Kerja Raya berkata keputusan ini sukar tetapi dibuat dengan penuh pertimbangan dan rasa tanggungjawab terhadap nasib rakyat. Katanya, “suara rakyat didengar dan diberi keutamaan dalam setiap dasar Kerajaan MADANI.”
Beliau turut menegaskan Kementerian Kerja Raya akan terus memastikan lebuh raya kekal selamat, terselenggara dengan baik dan dapat dimanfaatkan semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.
Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi








