'Maafkan Mama' - Bayi meninggal selepas kelahiran songsang di rumah | The Reporter

‘Maafkan Mama’ – Bayi meninggal selepas kelahiran songsang di rumah

asangan suami isteri menangisi kehilangan bayi selepas kelahiran songsang di rumah.
Gambar: Tangkap layar video Facebook Mr Wan Cai

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Keterujaan sepasang suami isteri menanti cahaya mata pertama bertukar duka apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan meninggal dunia akibat lemas selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di rumah mereka.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh Pengasas dan Sukarelawan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai, menerusi satu hantaran di media sosial.

Menurut beliau, semasa kejadian, wanita berkenaan sedang berehat sebelum tiba-tiba mengadu sakit perut seperti mahu bersalin. Menyedari keadaan isterinya semakin cemas, si suami segera menghubungi talian kecemasan, namun panggilannya tidak dijawab.

“Dalam kesakitan yang semakin memuncak, si isteri berjalan ke bilik air kerana merasakan sudah hendak bersalin,” katanya.

Tidak berputus asa, si suami terus mencuba menghubungi talian kecemasan. Panggilan itu akhirnya dijawab, tetapi talian terputus beberapa saat kemudian.

Apabila bergegas ke bilik air, si suami terkejut melihat isterinya terbaring di lantai dengan bayi sudah keluar dari bahagian kaki hingga paras leher dalam keadaan songsang.

“Si suami memegang tubuh bayi yang masih tersangkut pada rahim, namun tidak berani menariknya keluar walaupun didesak isterinya.

“Dalam keadaan sakit, lemah dan panik, si ibu terus berusaha meneran berulang kali sehingga akhirnya kepala bayi berjaya dilahirkan sepenuhnya,” jelasnya.

Baca juga:

Si suami kemudian membuat panggilan semula ke talian kecemasan dan menceritakan situasi yang berlaku. Operator perubatan bertindak membimbingnya melakukan bantuan CPR terhadap bayi tersebut.

Namun, bayi yang diletakkan di pangkuan ibunya tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Beberapa minit kemudian, pasukan perubatan tiba di lokasi dan mengesahkan bahawa bayi berkenaan telah meninggal dunia.

Jenazah Muhammad Amir Faris kemudiannya diuruskan oleh pasukan Unit Khas Van Jenazah sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Related Posts