Lori hilang kawalan, rempuh 8 kenderaan di hadapan sekolah | The Reporter

Lori hilang kawalan, rempuh 8 kenderaan di hadapan sekolah

Lori hilang kawalan rempuh 8 kenderaan di hadapan sekolah.
Lori hilang kawalan rempuh 8 kenderaan di hadapan sekolah SK Tansau.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kira-kira lapan kenderaan dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, di Ketiau, Putatan, Sabah, kira-kira jam 11.30 pagi, Jumaat, 28 Februari 2025.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan berkenaan.

@zilabeautycollection

Moga d permudahkan segala urusan🤲😭

♬ sedih menangis – Eik Nugraha

Menurut maklumat awal, lori tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan-kenderaan yang berada di lokasi kejadian. Terdapat dakwaan bahawa brek lori itu mungkin tidak berfungsi dengan baik, namun punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Saksi di lokasi memaklumkan bahawa pemandu lori berkenaan melarikan diri sejurus selepas kemalangan berlaku.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan. Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati terutama di kawasan berhampiran sekolah bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Related Posts