LHDN berjaya pecah rekod kutip cukai RM183.3 bilion, tertinggi dalam sejarah - The Reporter

LHDN berjaya pecah rekod kutip cukai RM183.3 bilion, tertinggi dalam sejarah

Gambar hiasan (A.I)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencatatkan peningkatan kutipan cukai sebanyak RM7.8 bilion atau 4.49 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Kutipan yang dicapai berjumlah RM183.3 bilion itu dilaporkan melepasi sasaran kutipan RM176 bilion.

Kutipan cukai itu juga mencatatkan sejarah apabila direkodkan paling tinggi dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata setiap ringgit yang dikutip oleh LHDN daripada pembayar cukai adalah penting dalam memastikan pembangunan dan kestabilan Malaysia.

Selain itu juga dia turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pembayar cukai melunaskan tanggungjawab.

“Saya bagi pihak LHDN ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar cukai yang gigih menyumbang kepada hasil negara dan memikul tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

“Tidak dinafikan, setiap ringgit yang disumbangkan oleh rakyat kita adalah tidak ternilai dalam memastikan pertumbuhan dan kesejahteraan negara tercinta,” katanya.

Sasaran kutipan cukai yang ditetapkan LHDN bagi 2024 ialah RM197 bilion, mewakili pertumbuhan 7.47 peratus daripada jumlah tahun sebelumnya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!