Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua hari lalu, media sosial digemparkan dengan hebahan kehilangan dua kanak-kanak lelaki yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pau.
Setelah beberapa jam kemudian, dua murid SK Desa Petaling itu berjaya ditemui selepas terperangkap dalam lif tersebut sejak dari jam 2.15 petang hingga 1 pagi (menurut ibu salah seorang mangsa).
Dalam laporan Sinar Harian, wanita yang sama memaklumkan dia terdahulu ada bertanya kepada pengawal keselamatan (pekerja asing) yang bertugas jika ada ternampak kelibat dua kanak-kanak itu. Namun, pengawal keselamatan itu menjawab “I don’t know, I don’t know.
Sejak dari itu, ramai netizen yang mengecam pengawal keselamatan berkenaan yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Lebih teruk lagi, pihak pengurusan pangsapuri turut menerima tempias dan netizen menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.
Bagaimanapun, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular hari ini menunjukkan hal sebaliknya, di mana kejadian itu berpunca dari perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Dalam video tersebut menunjukkan, salah seorang kanak-kanak telah meletakkan seliparnya di tengah pintu lif yang baru sahaja ditutup. Akibatnya, pintu lif tidak dapat ditutup sepenuhnya.
Seketika kemudian, lif tersentak dan menyebabkan mereka berdua terjatuh dan bermulalah episod mereka terperangkap berjam-jam lamanya dalam lif tersebut.
Difahamkan, dua kanak-kanak itu ada mencuba meminta bantuan, namun tiada sesiapa yang mendengar bunyi loceng dan ketukkan mereka. Dan disebabkan kepenatan dan kelaparan, dua sekawan itu akhirnya tertidur.








