Lelaki wajib sediakan tempat tinggal untuk bakal isteri sebelum berkahwin - PU Riz - The Reporter

Lelaki wajib sediakan tempat tinggal untuk bakal isteri sebelum berkahwin – PU Riz

Pendakwah, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, baru-baru ini berkongsi pesanan bahawa lelaki wajib menyediakan tempat tinggal untuk bakal isteri sebelum berkahwin.

Menurut beliau, ini adalah tanggungjawab penting yang perlu dipenuhi oleh lelaki, sama ada dengan menyewa atau membeli rumah.

Haris berkata, perkara ini juga disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan ada ulama yang mengatakan ia adalah wajib dan sunnah.

Beliau menambah, menyediakan tempat tinggal adalah langkah awal dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan mengabaikan tanggungjawab ini boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Namun, kenyataan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong pandangan dan menyatakan ia adalah tanggungjawab penting yang perlu dipenuhi oleh suami untuk memastikan kebajikan isteri.

Terdapat juga netizen yang kurang bersetuju dan menganggap kenyataan tersebut tidak realistik bagi sesetengah individu yang mungkin menghadapi kesukaran kewangan.

Mereka berpendapat bahawa tanggungjawab ini boleh dibincangkan dan disesuaikan mengikut kemampuan pasangan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!