Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
TAPAH – Lelaki tunjal kepala pemandu wanita dalam video yang tular di media sosial hari ini, telah ditahan polis.
Lapor Berita Harian, suspek yang memandu kereta Proton Persona itu telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.
Laporan berkaitan
- ‘Kau jangan nak main gila dengan aku!’ – Lelaki tunjal kepala pemandu wanita, undang kecaman netizen
- ‘Kami nyaris masuk gaung!’ – Saksi kes lelaki tunjal driver Myvi biru di Tapah
Terdahulu, video lelaki terbabit memarahi dan menunjal pemandu Perodua Myvi itu yang didakwa memandu secara berbahaya, telah tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 59 saat tersebut, suspek turut mengugut mangsa dan rakannya yang hanya mampu mengalah kerana bimbang akan keselamatan diri mereka.
Dalam masa yang sama, seorang individu tampil menjadi saksi kejadian yang mendakwa pemandu Myvi memandu secara berbahaya yang menyebabkan mereka dan beberapa lagi pengguna jalan raya lain nyaris terjatuh ke dalam gaung.
Bagaimanapun, individu terbabit tidak mengulas dengan lebih terperinci mengenai situasi sebenar ketika kejadian yang berlaku di jalan Cameron Highlands menuju ke Tapah, petang semalam.








