'Kami nyaris masuk gaung!' - Saksi kes lelaki tunjal driver Myvi biru di Tapah - The Reporter

‘Kami nyaris masuk gaung!’ – Saksi kes lelaki tunjal driver Myvi biru di Tapah

Menurut Eliena Elin, semasa kejadian itu berlaku, dia yang dipercayai bersama keluarganya berada di belakang kereta 'mangsa tunjal'.

Susulan tular video lelakit tunjal kepala pemandu wanita di Tapah baru-baru ini, seorang individu tampil menjelaskan situasi yang berlaku pada masa kejadian.

Menurut Eliena Elin, semasa kejadian itu berlaku, dia yang dipercayai bersama keluarganya berada di belakang kereta mangsa tunjal.

“Kami ada di belakang kereta Perodua Myvi biru ini semalam. Kami elak, nyaris masuk gaung semalam. Kereta Alza di depan mengelak sampai kt bukit. Myvi biru VAF,” katanya di ruangan komen video yang sedang tular itu.

Gambar dari TikTok OhBulan!

Terdahulu, lelaki berbaju merah tunjal kepala pemandu Myvi berkenaan yang dikatakan memandu secara berbahaya. Wanita berkenaan cuba memberi penjelasan bahawa dia memotong di garisan putus-putus dan bukannya di garisan berkembar.

Namun, penjelasannya itu tidak diterima oleh lelaki berkenaan yang menegaskan bahawa pemandu Myvi itu sepatutnya sedar yang di depannya ada selekoh dan adalah berbahaya untuk memotong pada waktu itu.

Video yang dirakam oleh kenalan pemandu Myvi itu kini sedang menular pantas di media sosial dan rata-rata mengecam tindakan lelaki berkenaan yang menyentuh pemandu Myvi.

Ada netizen yang berpendapat, perkara itu tidak perlu diselesaikan menggunakan kekerasan. Tetapi ada yang tidak menolak lelaki itu berbuat demikian kerana terlalu geram apatah lagi kejadian yang berlaku itu hampir melibatkan kehilangan nyawa.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!