Lelaki tikam rakan serumah 11 kali sebelum terjun dari tingkat 5 | The Reporter

Lelaki tikam rakan serumah 11 kali sebelum terjun dari tingkat 5

Sumber foto: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki ditikam sebanyak 11 kali oleh rakan serumahnya dalam kejadian di sebuah rumah pangsapuri di Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, dalam kejadian jam 5.45 pagi itu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan kejadian tersebut.

Bertindak di atas aduan itu, polis segera ke lokasi dan mendapati mangsa mengalami kecederaan terbaring di ruang tamu, manakala suspek pula ditemui terbaring di tingkat bawah akibat terjatuh selepas cuba melarikan diri dengan melompat keluar melalui tingkap dapur.

Akibatnya, suspek mengalami patah pinggang dan cedera di bahagian rusuk kanan.

Kedua-dua lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Polis turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama

Related Posts