Lelaki Rohingya hidap Tibi berjaya lolos dari Depot Tahanan Imigresen | The Reporter

Lelaki Rohingya hidap Tibi berjaya lolos dari Depot Tahanan Imigresen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis sedang giat memburu seorang lelaki Rohingya yang berjaya meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil, dekat Hulu Terengganu.

Suspek, Husson Ahmad Soifiullah, 25, yang menghidap tuberkulosis (tibi), didapati telah melarikan diri pada hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek warganegara Myanmar itu menggunakan cara yang licik untuk melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan di depot tahanan.

“Pegawai Imigresen di Depot Tahanan Ajil telah memaklumkan bahawa seorang tahanan lelaki Rohingya melarikan diri semalam.

“Suspek yang menghidap penyakit tibi ini berjaya memanjat siling bilik asingan,” katanya.

Polis kini memohon kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 0199377864 atau Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu (09-6812222) sekiranya melihat suspek atau lelaki mencurigakan.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penjawat awam yang cuai melepaskan tahanan dan tahanan yang lari dari kurungan yang sah di sisi undang-undang.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts