Lelaki pukul penghantar makanan sehingga patah tulang rahang, dipenjara 2 bulan & denda RM2,000 - The Reporter

Lelaki pukul penghantar makanan sehingga patah tulang rahang, dipenjara 2 bulan & denda RM2,000

Sumber gambar: Saddam Yusoff | Kosmo! Online

Lelaki yang memukul penunggang motosikal hanya kerana tidak berpuas hati dibunyikan hon dalam video tular baru-baru ini, dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Tertuduh, Mohd Faizul Nazri, 39, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Mohd Faizul diarahkan menjalani hukuman penjara dua bulan dari tarikh dia ditangkap. Tertuduh juga akan menjalani hukuman penjara tambahan dua bulan jika gagal membayar denda RM2,000.

Siti Zubaidah berharap tertuduh mengambil iktibar dengan kejadian itu dan tidak terlalu mengikut perasaan serta menunjuk hebat di jalan raya.

Pada jam 7.15 petang Ahad lalu, tertuduh didakwa memukul mangsa berusia 21 tahun di Jalan Langat – Klang. Kejadian itu menyebabkan tulang rahang ke lapan sebelah kiri mangsa patah dan retak.

Rayu dikenakan hukuman penjara minimum

Sebelum itu, peguam yang mewakili tertuduh, Nicholas Cheoh memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara minimum terhadap tertuduh.

“…isteri tertuduh sedang sarat mengandung. Dia berhasrat untuk berada di sisi isterinya bila melahirkan anak pertama mereka. Tertuduh juga menyesal dan memberi aku janji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi memohon mahkamah memberi denda setimpal. Ini kerana tertuduh bertindak tanpa belas kasihan dan mencederakan mangsa.

“Saya memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran bukan saja pada tertuduh, tetapi orang awam,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh), Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!