Lelaki paksa lakukan hubungan intim, maut ditikam kekasih | The Reporter

Lelaki paksa lakukan hubungan intim, maut ditikam kekasih

Sumber gambar: Facebook

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki ditemui mati di hadapan tandas awam di Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai, kelmarin.

Mayat mangsa berusia 45 tahun itu yang ditemui pada jam 6.30 petang turut dikesan mempunyai dengan tiga luka tikaman di bahagian perut. Namun tiada sebarang kesan darah ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, mangsa melarikan teman wanitanya dari Sungai Tong, Setiu pada 28 Mac lalu yang kemudian dibawa ke beberapa kawasan di daerah Kuala Krai.

Mangsa dikatakan telah memaksa teman wanitanya itu untuk melakukan hubungan kelamin. Tetapi wanita terbabit bertindak menikamnya menggunakan pisau pemotong sayur sebanyak tiga kali di bahagian perut.

Mangsa dipercayai melarikan diri, selepas teman wanitanya berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya.

Semakan lanjut kemudian mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik. Mangsa juga adalah suspek berkait kes kurungan salah terhadap seorang wanita.

Sementara itu, doktor di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai mengesahkan mangsa mati akibat luka di bahagian perut di mana tikaman yang dilakukan menembusi abdomen dan usus najis.

Keadaan luka yang dalam dan mangsa lambat menerima rawatan menyebabkan luka tersebut dijangkiti kuman.

Suspek berusia 28 tahun telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Related Posts