Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Netizen menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap seorang individu yang didakwa telah menghina agama Islam secara terbuka di media sosial.
Saspek yang menggunakan nama Abe Rokib (@Junjulaiaugust) yang dipercayai bekerja di salah sebuah premis di pusat beli belah Bandar Sunway, Subang Jaya, memuat naik ciapan di laman X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, dengan tujuan menyakiti perasaan umat Islam di negara ini.
Menurut ciapan tersebut, Abe Rokib menyamakan Allah dengan karakter Zordon dalam program bersiri kanak-kanak iaitu. Power Rangers.
Ada beberapa individu membuat teguran secara baik dan memintanya memadamkan ciapan itu sebelum dikenakan tindakan. Namun, Abe Rokib tetap mempertahankan perbuatannya itu dan menolak untuk memadamkan ciapan tersebut.




Bagi saspek, apa yang dilakukannya itu bukanlah perkara sensitif dan biadab. Malah dia dengan angkuhnya menghalau mereka yang tidak menyenangi ciapannya itu.
Semakan di X mendapati akaun tersebut telah dinyahaktifkan semalam selepas menyedari dirinya dikecam teruk oleh netizen.