Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen | The Reporter

Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen

Lelaki Machang, Kelantan berjalan di Tokyo dengan kain pelikat dan T-shirt, membawa plastik runcit, gaya santai kampung.
Tangkap layar TikTok menerusi video tular.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kalau sebut pasal rakyat negeri yang sering jadi tumpuan, nama Kelantan memang sukar diketepikan. Ke mana sahaja melangkah, pasti ada kisah luar biasa yang menghiburkan.

Menerusi satu video tular dari Jepun pula, jauh di bumi matahari terbit, seorang lelaki dipercayai dari Machang, Kelantan mencuri perhatian ramai dengan gaya yang cukup santai.

Bayangkan suasana Tokyo yang moden, penuh bangunan tinggi dan orang berpakaian kemas, tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju t-shirt biasa, berkain pelikat, lengkap dengan plastik putih di tangan atau mesra dipanggil ‘jabir rokrat’ dalam dialek Kelantan. Difahamkan, dia baru sahaja pulang dari membeli barangan runcit. Ringkas, santai dan langsung tak peduli suhu luar.

Paling mencuit hati, gayanya seolah-olah dia sedang berjalan di halaman rumah sendiri, bukannya di negara yang terkenal dengan cuaca sejuk. Namun menurut lelaki berkenaan, dia sudah lali dengan keadaan itu kerana telah menetap di Jepun sekitar lima hingga enam tahun.

Baca juga:

Apabila ditanya tentang pekerjaannya di sana, jawapannya pula cukup ‘deep’ dan bersahaja.

“Habiskan apa yang ada di sini,” katanya. Jawapan ringkas, tapi penuh misteri dan berjaya membuat ramai tersenyum.

Tidak terhenti di situ, dalam satu hantaran lain, lelaki yang sama sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat hanya berkain pelikat dan bertuala. Ramai tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bertahan dengan kesejukan Jepun sedangkan rakyat tempatan pun berlapik tebal?

Apa pun, kisah ini sekali lagi membuktikan ke mana sahaja orang Kelantan pergi, identiti tetap dibawa bersama. Dari Machang ke Tokyo, kain pelikat tetap jadi simbol kebanggaan.

Related Posts