'Aku harap kita kosong-kosong,' lelaki mohon maaf selepas video anak mengamuk dalam feri tular | The Reporter

‘Aku harap kita kosong-kosong,’ lelaki mohon maaf selepas video anak mengamuk dalam feri tular

Lelaki mohon maaf selepas video anak mengamuk dalam feri tular di TikTok
Lelaki tampil beri penjelasan dan mohon maaf selepas video anak mengamuk dalam feri cetus perdebatan netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas menerima pelbagai kecaman akibat memuat naik video tentang seorang kanak-kanak yang menangis dan mengamuk dalam feri, TikToker yang dikenali sebagai Aeryl akhirnya tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka.

Baca: Anak kecil bising dalam feri, pasangan luah rasa tidak selesa

Menurut Aeryl, ada netizen yang mendesaknya memadamkan video tersebut. Namun, dia enggan berbuat demikian kerana video itu telah pun tersebar dan tindakan memadam hanya akan menimbulkan lebih banyak tanggapan negatif.

@aeryllfamee

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Dengan rasa rendah hati dan berlapang dada sy memohon maaf andai kata video tersebut mengundang kesedihan dan menyinggung para ibu bapa di luar sana. Mungkin cara penyampaian video saya terlalu lantang sehingga menyebabkan pelbagai andaian drpd pelbagai pihak Demi Allah, sy mengagumi para ibu bapa yg mempunyai anak2 yang aktif, yang hyper dan special needs kerana mereka kuat dalam menangani situasi jika anak2 mula meragam dan sebagainya. Tujuan asal video sebenarnya ingin mengetahui lebih lanjut macam mana parents akan handle bila anak start meragam. Sebab sy percaya setiap masalah pasti ada penyelesaian tnpa mengeluarkan statement “biasalah budak2” Sy percaya ibu bapa jugak takkan pernah biarkan anaknya sakit ataupun menangis begitu lama dan bukannya niat saya utk memalukan mana2 pihak. Mungkin cara sy menulis menimbulkan salah faham dan membuka ruang sehingga menyebabkan org ramai berfikir kami tak sukakan budak2. Kami berlapang dada menerima segala teguran dan nasihat daripada anda semua. Terima kasih kerana masih sudi untuk menegur mana part yang kami salah. InshaAllah di masa hadapan, kami akan lebih improve dan menjadi orang yang lebih baik. Mana yg mendoakan keburukan atas kami, secara ikhlas dan atas nama Allah, kami memaafkan kalian semua. Love you all ❤️ Terima kasih.

♬ original sound – Aeryll – Aeryll

“Kalau saya padam, orang tetap akan hentam. Tapi bila padam, orang cakap saya tak bertanggungjawab. Jadi, sekarang ini saya nak bertanggungjawab,” katanya.

Jelasnya, video itu sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada ibu bapa lain, bukannya untuk menyalahkan sesiapa.

“Tujuan sebenar video itu adalah, bagi mereka yang pernah mengalami situasi seperti itu, apakah nasihat untuk pasangan yang baru ini apabila anak berkelakuan seperti itu. Itu sahaja, saya bukannya nak hentam sesiapa.

“Janganlah sampai mendoakan kami yang bukan-bukan. Sebab benda ini saya yang buat dan isteri saya tak ada kena mengena.

“Kenapa muka isteri saya macam tu? Sebab ketika itu dia kurang sihat dan sakit kepala,” jelasnya.

Tambah Aeryl, dia bukan mahu mempertahankan diri, tetapi bersedia mengakui kesalahan dan berharap isu itu tidak dipanjangkan.

“Saya harap kita kosong-kosong. Harap netizen juga berlapang dada dan beri saya peluang untuk teruskan apa yang nak diteruskan. Saya nak buat video hanya untuk suka-suka sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Aeryl memuat naik satu video di TikTok yang merakamkan suasana dalam feri dari Langkawi ke Kuala Kedah, di mana seorang kanak-kanak didengari menangis dan mengamuk hampir sejam tanpa henti. Dalam video tersebut, Aeryl meluahkan rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi kerana isterinya ketika itu sedang demam dan sakit kepala.

Menerusi kapsyen video asal, dia mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa hanya memujuk tanpa mengambil langkah tegas. Perkongsiannya mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong keluhan Aeryl, manakala ramai juga yang mengecamnya kerana dianggap tidak memahami cabaran mengendalikan anak kecil di tempat awam.

Related Posts