Lelaki kurang siuman ditahan pecahkan pasu bunga di Istana Arau | The Reporter

Lelaki kurang siuman ditahan pecahkan pasu bunga di Istana Arau

Lelaki kurang siuman pecahkan pasu bunga

Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas disyaki sengaja memecahkan pasu bunga hiasan di kaki lima hadapan Istana Arau, Perlis, kelmarin. Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu mencetuskan perhatian ramai apabila video insiden tersebut tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, lelaki berusia 42 tahun itu didapati sengaja menolak jatuh lebih lima pasu bunga hiasan yang terletak di kawasan antara Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Arau dan Istana Arau.

@ienaazlina1

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Berani dia na…depan Balai Polis dan Istana Arau

♬ bunyi asal – Iena_Manie – Iena_Manie

“Suspek ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Ketika ditahan, suspek mengaku bertanggungjawab memecahkan pasu bunga di lokasi tersebut,” katanya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah. Namun, hasil siasatan juga mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes ini dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Kejadian itu menjadi perbualan hangat netizen selepas rakaman video menunjukkan lelaki terbabit merosakkan landskap di kawasan berhampiran Istana Arau mula tersebar di media sosial sejak Sabtu lalu.

Sumber: Harian Metro, TikTok

Related Posts