Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang individu bernama DMA Islam mencetuskan kecaman ramai selepas memuat naik hantaran di Instagram yang melabel lelaki melakukan kerja rumah sebagai “gay” dan “loser”. Dalam tulisannya, dia menyamakan tugas seorang suami dengan seorang raja yang tidak sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah.
“Bro, kau laki, kau khalifah, kenapa kau buat kerja rumah? Kau pernah nampak ke raja sapu sampah dekat istana? Jika raja sibuk sapu sampah, maka dia akan takde masa untuk buat benda yang lebih penting untuk negara.
“Sama la dengan kau bodo. Kau tu suami, tugas kau untuk cari duit dan conquer dunia. Pastikan kau jadi lelaki yang the best, paling kuat, paling berduit, dihormati. Bukannya kerja sapu taik anak.
“Kalau kau kerja buat kerja rumah, maknanya kau tu sebenarnya lelaki pemalas. Instead of keluar and conquer dunia, kau decide untuk sapu sampah lap pinggan sapu taik anak. Atau pun maybe sebab kau takut bini kau.
“Ye lah, macam mana kau nak suruh bini kau buat kerja rumah kalau nafkah pun tak on point? BINI KAU TAK RESPECT KAU. Of course dia akan suruh kau buat kerja rumah. Dasar laki looser.”
Baca juga:
- ‘Apa dalil dia kata cat lover ni ada masalah mental?’ – UAI
- ‘Dah minta maaf, tapi masih sindir cikgu?’
- Isu tular pemain bola sepak Indonesia: Zhiddin Aziz mohon KDN beri perhatian
Kenyataan itu segera mengundang perdebatan hangat dan dianggap menghina lelaki yang ringan tulang membantu isteri. Ramai menegaskan peranan dalam rumah tangga adalah tanggungjawab bersama, bukan isu maruah atau “takut isteri”.
PU Syed tampil perbetulkan persepsi
Pendakwah bebas, PU Syed, tampil menegur kenyataan tersebut dengan menekankan bahawa membantu kerja rumah tidak merendahkan martabat seorang lelaki. Beliau mengingatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri adalah contoh terbaik kerana turut membantu isteri baginda di rumah.
Menurutnya, tindakan ringan tulang dalam rumah tangga adalah sifat mulia yang mencerminkan kasih sayang, bukannya tanda lemah atau “tak dihormati”. Beliau turut menyindir bahawa kenyataan melabel suami sebegitu jelas bertentangan dengan nilai Islam dan tidak wajar dijadikan bahan gurauan.
Sumber: Instagram DMA Islam, PU Syed








