Lelaki kahwin dengan 7 wanita kesayangannya secara serentak - 'Tak cukup lagi ni, akan datang saya akan tambah lagi isteri' - The Reporter

Lelaki kahwin dengan 7 wanita kesayangannya secara serentak – ‘Tak cukup lagi ni, akan datang saya akan tambah lagi isteri’

Seorang lelaki Uganda berusia 43 tahun mencetusan kekecohan di seluruh dunia apabila dia berkahwin dengan tujuh wanita secara serentak minggu ini.

Pengantin lelaki berkenaan yang melafazkan ikrar pada Ahad, 10 September. dia memberi bayangan bahawa dia masih belum selesai dan merancang akan berkahwin lagi di masa akan datang.

Habib Nsikonnene, seorang pakar perubatan tradisional yang mewah, menghantar kereta untuk menjemput semua pengantinnya dari salon kecantikan pada hari perkahwinan.

Konvoi yang membabitkan lebih 40 kereta dan lebih 30 motosikal itu kemudian membawa semua pengantin dan tetamu ke majlis perkahwinan.

Tujuh pengantin perempuan, dua bernama Aisha dan lima lagi Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam dan Saha Sinap, semuanya dinikahkan dalam satu majlis pada hari yang sama di Namasengere, Uganda. Dua daripada pengantin perempuannya adalah bersaudara.

Nsikonnene yang beragama Islam berkata, dia masih muda dan akan berkahwin dengan lebih ramai lagi wanita dalam masa terdekat.

“Saya akan memperkenalkan mereka secara berasingan. Saya mengambil keputusan untuk mengahwini mereka semua secara serentak untuk menjadi satu keluarga yang besar.

Sementara itu, bapa Nsikonnene menjelaskan, amalan berpoligami adalah sah di Uganda. Ramai lelaki dalam keluarga mereka mempunyai banyak isteri.

Datuknya mempunyai enam isteri, bapanya pula mempunyai lima dan dia sendiri mempunyai empat isteri. Dan kini anaknya telah memecahkan rekod mereka semua dalam satu masa.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!