Lelaki Jepun hidup berjimat selama 21 tahun untuk bersara dengan simpanan RM4 juta | The Reporter

Lelaki Jepun hidup berjimat selama 21 tahun untuk bersara dengan simpanan RM4 juta

Sumber foto : South China Morning Post

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki Jepun yang menjalani kehidupan dengan berjimat cermat sejak 21 tahun lalu kerana mahu berjimat 100 juta yen atau RM2.9 juta untuk bersara awal, mengejut para pengguna internet di China.

Lelaki berusia 45 tahun yang tidak diketahui namanya itu, memulakan usaha menyimpannya sejak awal tahun 2,000 selepas mendapat pekerjaan yang stabil.

Syarikat di tempat dia bekerja memerlukan pekerja bekerja lebih masa dan adakalanya terpaksa bekerja sehingga lewat malam. Malah dia selalu mengingatkan dirinya dengan ayat, “Hanya dengan bekerja keras dan melakukan kerja lebih masa, anda boleh mencapai kebahagiaan di masa depan”.

Pilih hidup secara sederhana

Dalam usaha menjalani gaya hidup bebas kewangan dan bersara awal itu, dia yang memperolehi pendapatan tahunan sebanyak 5,000,000 juta yen atau RM149K itu merangka rancangannya dengan teliti untuk menjimatkan 100 juta yen seawal mungkin.

Dia mula menggunakan nama dalam talian ‘Lelaki Yang Pasti Akan Berhenti Kerja’ sebagai motivasi untuk dirinya.

Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama yang disediakan oleh syarikatnya dan membayar 30,000 yen atau RM887 sebulan untuk menyewa dan menggunkan peralatan dan perabot yang tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.

Makan minumnya juga sangat berjimat. Dia kebiasaannya makan buah plum masam, beberapa jenis sayur masin dan semangkuk nasi. Kadang-kadang makan malamnya hanyalah minuman bertenaga, yang diperolehi secara percuma di kedai serbaneka (beli guna point).

Dia juga akan mengambil cola dan biskut sebagai hidangan di waktu malam sambil menonton filem bertemakan penjara. Adakalanya dia bergurau bahawa kehidupannya tiada bezanya dengan kehidupan banduan yang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun.

Tak guna peralatan pemanas, aircond

Selepas ketuharnya pecah, dia mula memakan ubi keledek dari musim sejuk ke musim panas. Ubi tersebut dimasak menggunakan haba musim panas pada cermin kereta rakan sekerjanya.

Selain itu, dia tidak pernah menggunakan penghawa dingin atau pemanas. Sebaliknya dia menyejukkan badan pada musim panas dengan memakai baju basah dan memanaskan badan pada musim sejuk dengan melakukan squating.

Usahanya membuahkan hasil pada awal tahun ini apabila dia mengumumkan di media sosial bahawa dia telah berjaya menjimatkan 135 juta yen atau RM4 juta selepas 20 tahun dan 10 bulan bekerja untuk syarikat itu.

Selain itu, gaya kehidupannya yang berjimat cermat itu memberi inspirasi kepadanya untuk menulis buku mengenai petua penjimatan wang, sekali gus menjadi sumber pendapatan baharunya.

Selepas rancangannya berjaya, kehidupannya kini bertambah baik. Dia kini menikmati empat biji telur rebus untuk sarapan pagi dan telah membeli ketuhar baru agar dia dapat menikmati hidangan panas.

Simpanan susut mendadak

Bagaimanapun kegembiraannya itu tidak lama apabila simpanannya menyusut secara mendadak akibat penyusutan nilai yen sejak awal tahun ini.

“Jika yen terus menyusut, saya tidak akan pernah mencapai bebas kewangan. Apa yang saya telah lakukan selama 21 tahun ini, semuanya akan menjadi tidak bermakna,” katanya.

Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dan bersimpati dengan nasib lelaki itu.

“Makanannya sangat mengejutkan saya. Adakah ia boleh dimakan? Ia satu keajaiban dia tidak jatuh sakit selepas makan secara bercatu selama bertahun-tahun,” kata netizen.

“Kehidupannya benar-benar sengsara. Jika dia melabur dalam emas dan bukan sekadar menyimpan, dia tidak akan mengalami kerugian yang banyak,” kata seorang lagi netizen.

Sumber: South China Morning Post

Related Posts