Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki telah menghasilkan Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang Edisi Pusat Beli-Belah bagi kemudahan orang ramai.
Individu berkenaan yang dikenali sebagai Yushairi Yusoff, telah menghasilkan versi terkini lakaran berkenaan, selepas kali terakhir dikemaskini pada Mei 2023.
Menurutnya, peta berkenaan memaparkan lebih dari 150 pusat beli-belah yang berdekatan dengan stesen keretapi.
Beliau juga menyenaraikan pengelasan tahap kesukaran bagi kategori mudah, sederhana dan sukar untuk mendapatkan pegangkutan awam ke pusat beli-belah.
Perkongsian itu disambut baik oleh netizen dan menzahirkan penghargaan atas usaha yang dibuat oleh Yushairi.
Dalam pada itu juga, ada yang memintanya untuk menghasilkan versi ke tempat-tempat awam seperi taman, perpustakaan atau tempat riadah.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan beliau untuk membuat versi pengangkutan awam ke pasar tani, pasar malam dan juga Bazar Ramadan.
Jika dalam filem Upstream, Gao Zhilei mencipta satu aplikasi untuk memudahkan tugasan penghantar makanan mencari jalan pintas untuk menghantar pesanan pelanggan, di Malaysia pula Yushairi Yusof telah memudahkan orang ramai dalam mencari panduan ke tempat-tempat kunjungan ramai dengan menggunakan pengangkutan awam.