Lelaki dipenjara 3 bulan kerana pasang CCTV, cekup isteri curang | The Reporter

Lelaki dipenjara 3 bulan kerana pasang CCTV, cekup isteri curang

Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah di Taiwan telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap seorang lelaki kerana melanggar privasi isterinya yang curang, dengan memasang kamera tersembunyi di dalam kediaman mereka.

Media China baru-baru ini melaporkan kisah luar biasa seorang lelaki Taiwan bernama Fan yang berani mendedahkan kecurangan isterinya dengan memasang kamera di sekitar rumah mereka, namun berhujung dengan insiden yang tidak disangka-sangka.

Difahamkan, pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga selama beberapa tahun dan mempunyai dua anak kecil pada tahun 2022.

Namun, Fan mula mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Fan mengambil keputusan untuk memasang kamera tersembunyi di bawah piano di ruang tamu dan di sebelah komputer di bilik tidur utama.

Kira-kira dua minggu kemudian, kamera-kamera tersebut berjaya merakam isteri Fan dengan seorang lelaki misteri sedang melakukan hubungan intim di rumah. Video itu kemudian digunakan oleh Fan sebagai alasan untuk bercerai.

Februari 2022, Fan menjemput isteri dan peguamnya untuk berbincang mengenai perceraian, tetapi gagal mencapai kata sepakat. Fan kemudian memfailkan tuntutan sivil terhadap isterinya untuk ganti rugi sivil.

Tanpa disedari, isterinya pergi ke balai polis membuat laporan di mana dia menuduh Fan telah melanggar privasinya dengan memasang kamera tersembunyi di sekitar rumah mereka tanpa persetujuannya.

Isteri Fan turut memfailkan tuntutan terhadapnya dengan dakwaan Fan memasang kamera tersebut kerana anak-anak sering mengadu ibu mereka banyak menghabiskan masa di bilik mandi. Tetapi alasan tu tidak diterima oleh hakim.

Akhir tahun 2023, Mahkamah Taoyuan menjatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan terhadap Fan kerana merakam aktiviti peribadi orang lain secara sembunyi tanpa persetujuan dan tanpa alasan yang kukuh.

Fan kemudian membuat rayuan, tetapi Mahkamah Tinggi Taoyuan menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan asal. Kini, Fan perlu menghabiskan 3 bulan di penjara kerana menangkap isterinya curang di rumah mereka.

Related Posts