Lelaki dibunuh & ditanam belakang rumah kerana sebar gambar bogel - The Reporter

Lelaki dibunuh & ditanam belakang rumah kerana sebar gambar bogel

Sumber gambar : Sinar Harian

Tragedi berlaku di Sungai Choh, Rawang pada 23 Disember 2023 apabila seorang lelaki ditemui mati dibunuh.

Mayat mangsa yang penuh dengan kecederaan di muka, kepala dan seluruh badan ditemui ditanam di belakang rumah.

Polis percaya, suspek cuba menyembunyikan kejadian itu daripada pihak berkuasa sehingga isteri kepada salah seorang suspek, yang berusia 27 tahun, tampil membuat laporan polis.

Terdengar suami & abang ipar nak tanam mayat

Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan teman wanitanya, yang juga adik perempuan kepada salah seorang suspek.

Mangsa dikatakan datang di lokasi kejadian bersama empat individu lain sebelum berlaku pertengkaran dan mangsa dipukul menggunakan kayu, botol kaca dan tong besi sehingga mati.

Isteri suspek mendakwa, dia terdengar perbualan antara suaminya dengan abang ipar yang meminta bantuan untuk menanam mayat.

8 suspek ditahan

Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan lapan suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hari ini, 4 Januari 2024, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan bahawa motif kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati dengan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa, yang dipercayai menjadi punca mangsa dibunuh.

Kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Selayang pada hari ini.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!